Lagi 6 kilang diarah tutup kerana langgar arahan - Utusan Malaysia

Lagi 6 kilang diarah tutup kerana langgar arahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan mendapati masih terdapat kilang dan premis perniagaan berdegil selain ingkar arahan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan selepas enam kilang dan 12 premis perniagaan diarahkan tutup operasi di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan itu melaksanakan pemeriksaan ke atas 2,566 buah kilang selain 16,270 premis perniagaan, 600 tapak pembinaan dan 241 asrama penempatan pekerja.

Pasukan berkenaan secara keseluruhannya sudah melakukan sejumlah 88,875 pemeriksaan dan serbuan mengejut dengan kekuatan seramai 20,065 anggota dari pelbagai agensi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, 16 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan tiga kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng selain lapan bot atau kapal dicurigai dikesan berdekatan perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan pasukan keselamatan.

Operasi itu menjalankan 1,000 sekatan jalan raya di seluruh negara yang turut melibatkan 45 di bawah kawalan pihak polis dan baki sembilan lagi oleh Agensi Kawalan Sempadan.

Beliau juga mengesahkan, empat daripada 38 pekerja asing yang disaring semalam disahkan positif Covid-19 di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN