Kantoi sorok rokok, arak RM 1.053 juta - Utusan Malaysia

Kantoi sorok rokok, arak RM 1.053 juta

Rampasan rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang ditemukan dalam serbuan yang dilakukan di Beluran, semalam-Ihsan PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tindakan dua lelaki menyorokkan rokok dan minuman keras di kedai runcit, sebuah rumah dan stor berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Dalam tiga serbuan berasingan di Beluran bermula pada pukul 12 tengahari semalam, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai RM1.053 juta.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kesemua serbuan itu dilakukan melalui Op Kontraban berdasarkan maklumat awam dan risikan.

Operasi ini diketuai oleh Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran Asisten Komisioner Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa.

Dalam serbuan pertama, pasukan PGA berjaya merampas sejumlah minuman keras dan rokok pelbagai jenama bernilai RM322,275 selepas cukai di sebuah kedai runcit di Kampung Batition yang dijaga dua lelaki berusia 17 dan 43 tahun.

Mohd Abdul berkata, kedua-dua suspek ditahan dan kesemua barangan dirampas untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Serbuan kedua pula membawa kepada penemuan minuman keras dan rokok bernilai RM 608,103 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Cenderamata, Telupid yang didiami seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi seterusnya dilakukan di sebuah stor berkunci tanpa penjaga di Kampung Basai Baru, Bontition.

Hasil pemeriksaan dilokasi terakhir ini, pasukan PGA menemukan rokok dan minuman keras yang bernilai RM123,427 dan dipercayai diseludup masuk untuk pasaran di sekitar daerah ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi tindakan selanjutnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya