fbpx

19 September 2021, 6:30 am

  TERKINI

‘Itu isteri dan anak saya’ – Mohd. Rashid

MOHD. RASHID HASNON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: “Dua wanita berkenaan adalah isteri dan anak saya,” kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, ketika kejadian, mereka menjamu selera dalam sebuah inap desa pada sebelah malam sebelum menghadiri sesi penyembelihan lembu korban kira-kira pukul 3 pagi selepas itu.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan hantaran yang tular dalam media sosial memaparkan dirinya sedang makan bersama dua orang wanita di sebuah ladang pertanian di daerah ini.

Mohd. Rashid berkata, tindakan laman Facebook rasmi ‘OPS Johor’ yang menyiarkan gambar beliau bersama keluarga mendakwa mereka telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak wajar.

Katanya, laman Facebook milik media sebuah parti politik di negeri Johor itu tidak mempunyai isu lain dan secara sengaja menimbulkan kemarahan rakyat terhadap dirinya.

“Gambar yang tular itu diambil sebelum sesi penyembelihan lembu korban berkenaan bersama isteri dan saya ketika menjamu hidangan lewat malam atau ‘mentong’.

“Saya bersama isteri, Datin Azizah Haron dan anak bongsu sedang makan semeja sementara menunggu sesi sembelihan lembu korban yang berlangsung di Pusat Penyembelihan Lembu di Rengit mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Mohd. Rashid mengakui lokasi berkenaan berada di dalam kawasan parlimennya manakala sesi sembelihan yang dilaksanakan adalah pada pukul 3 pagi Selasa lalu.

“Selain menyumbang lembu, saya berhasrat mahu melakukan proses penyembelihan itu sendiri.

“Mengikut jadual penyembelihan yang ditetapkan pada pukul 3 pagi itu, saya dan keluarga telah menempah rumah inap desa yang berdekatan dengan lokasi pusat penyembelihan berkenaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN