Gaduh libatkan penghantar makanan tiada unsur perkauman tetapi kerana cemburu - Utusan Malaysia

Gaduh libatkan penghantar makanan tiada unsur perkauman tetapi kerana cemburu

TANGKAP layar menunjukkan orang ramai melihat pergaduhan melibatkan penghantar makanan di Parit Buntar yang tular dalam media sosial. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Rakaman video pergaduhan melibatkan dua lelaki termasuk seorang penghantar makanan yang berlaku di Parit Buntar dua hari lalu sehingga tular dalam media sosial bukan berunsurkan perkauman.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, polis telah menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan itu pada Ahad lalu sebelum video tersebut tular dalam media sosial.

Menurutnya, pergaduhan berpunca daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang mengesyaki seorang penghantar makanan berusia 27 tahun mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

“Setelah siasatan dijalankan, polis mendapati berlaku salah faham kerana penghantar makanan itu tidak mempunyai hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit.

“Penghantar makanan itu mengenali wanita itu sebagai rakan sekerja yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu dan hanya menghantar makanan yang dipesan,” katanya dalam satu kenyataan media disini hari ini.

Menurut Mazuki, kedua-dua pihak telah berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik dan satu laporan telah dibuat bagi menarik balik kes tersebut.

“Polis mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar hingga menimbulkan kegusaran awam.

“Tindakan tegas boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Terdahulu tular dalam media sosial satu video berdurasi 11 saat dua lelaki bergaduh dalam garaj di sebuah sebuah rumah yang disaksikan orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.