GEORGETOWN: Tidak pernah terbayang oleh sepasang suami isteri di sini mereka akan dijangkiti Covid-19, apatah lagi melibatkan seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil yang masih menyusu. Namun, itulah yang berlaku terhadap Zuzana Abdul Wahab, 46, apabila dia dan suaminya, Ku Shafri Ku Saidin, 47, bersama tujuh anak mereka berusia antara empat hingga 22 tahun disahkan positif wabak itu pada Jun lalu. Cerita Zuzana, semuanya berlaku apabila mereka sekeluarga secara tiba-tiba…










