‘Terimalah pandangan rakyat’ - Utusan Malaysia

‘Terimalah pandangan rakyat’

AZMAN MOHD. HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sewajarnya menerima pandangan banyak pihak termasuk menyegerakan persidangan Parlimen berikutan pelbagai pengumuman dan perancangan yang dilaksanakan bagi menyelesaikan krisis dalam negara disebabkan penularan wabak Covid-19 ternyata kurang berkesan.

Ahli Majlis Eksekutif Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Azman Mohd. Hashim berkata, beliau melihat keadaan semasa amat membimbangkan sehinggakan kerap didengar dalam media massa dan media sosial mengenai berita keganasan rumahtangga dan cubaan membunuh diri dalam kalangan masyarakat yang tertekan disebabkan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Menurutnya, sekarang bukan masanya lagi untuk berpolitik sebaliknya nyawa rakyat patut menjadi keutamaan pemimpin kerajaan.

“Bermacam-macam pengumuman dibuat (oleh kerajaan) tetapi tiada yang betul-betul dapat menyelesaikan masalah. 

“Semakin ramai rakyat mula mempersoal kepimpinan kerajaan sekarang dalam usaha menangani kekalutan situasi negara.

“Saya mencadangkan supaya dibuka ruang seluas-luasnya dan terima segala cadangan-cadangan yang terbaik di luar sana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Ameer Ali Mydin dalam sebuah portal yang memberi amaran perniagaan milik bumiputera kini ‘di ambang kematian’ disebabkan kekurangan bantuan daripada kerajaan untuk membolehkan mereka bertahan semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 

Ameer memberitahu, sejumlah besar daripada 52 ahli persatuannya yang menggaji 30,000 pekerja menghadapi masalah untuk mendapatkan moratorium dan bantuan, malah bank tidak meluluskan permohonan secara automatik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya