fbpx

24 Julai 2021, 7:32 am

  TERKINI

SSL daging lembu kini hanya 22 peratus

Ronald Kiandee (kanan) memberi makanan kepada lembu di PPK Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor hari ini-SUMBER KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Pengeluaran tempatan daging lembu atau tahap sara diri (SSL) ketika ini  masih berada pada sekitar 22.3 peratus dan negara masih bergantung kepada import bagi memenuhi keperluan domestik 

Justeru kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee adalah perlu ketika ini indusrti ternakan ruminan terus diperkasa bagi membolehkan pasaran sentiasa ada untuk keperluan pengguna.

“Ini bagi memastikan pengeluaran ruminan tidak terjejas dan menjamin kelestarian industri itu di negara ini, “ujarnya hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Sabak Bernam.

Atas matlamat yang sama kementeriannya  telah menggantung pengimportan ternakan lembu dan kerbau dari Thailand berkuatkuasa Isnin lalu selepas haiwan bagi tujuan pembiakan dan penyembelihan dari negara berkenaan didapati dijangki Lumpy Skin Disease (LSD).

Langkah tersebut kata beliau ini bagi mencegah risiko kemasukan virus LSD menerusi pengimportan ternakan hidup.


“Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus mengaktifkan program survelan di lapangan menerusi pemeriksaan fizikal di semua ladang dan kandang ternakan di seluruh negara bagi mengesan ternakan terjangkit LSD,” katanya.

Ronald memberitahu, tindakan pengawalan dan pencegahan LSD adalah melalui prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Penyakit Berjangkit dan SOP Pengurusan Ternakan di Lapangan.

Beliau turut mengingatkan penternak supaya mempertingkatkan Amalan Perladangan Baik (GAP) dari aspek biosekuriti, kebersihan ladang, kawalan makhluk perosak, sumber air bersih dan sumber makanan daripada pengilang yang mempunyai pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).  – UTUSAN ONLINE 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI