SPM 2020: Warga emas 65 tahun gembira dapat c+ - Utusan Malaysia

SPM 2020: Warga emas 65 tahun gembira dapat c+

SALMAN Ahmad ketika ditemui Utusan Malaysia semasa mengulang kaji pelajaran di rumahnya di Taman Desa Kolej @ Putra Nilai, Nilai, sebelum menduduki peperiksaan SPM sebelum ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang calon persendirian berusia 65 tahun yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 gembira dengan keputusan peperiksaan yang diperolehnya semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Salman Ahmad yang menduduki peperiksaan berkenaan di pusat peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, dekat sini berjaya memperoleh gred C+ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Bagaimanapun, bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, dia tidak hadir untuk menduduki peperiksaan tersebut kerana mempunyai urusan lain pada waktu itu.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh, lagipun, persediaan saya sangat singkat cuma dua minggu sahaja.

“Saya fikir akan lulus sahaja, sebab saya hanya ‘goreng’ mungkin kerana ‘goreng’’ saya itu, boleh diterima, banyak bergantung kepada pengalaman kerja saya sahaja sebelum ini, lulus dengan kepujian ini bagi saya sudah bagus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Utusan Malaysia pada 23 Februari lalu melaporkan bekas Timbalan Pengarah Tourism Malaysia itu antara 645 calon persendirian yang menduduki SPM 2020 di negeri ini.

Menurut Salman, dia membuat keputusan untuk mengambil SPM bagi mengukur kemampuan diri dan mengisi masa lapang serta untuk memberitahu bahawa usia bukan penghalang untuk seseorang itu menimba ilmu.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat itu, dia pernah menduduki Malaysia Certificate Education (MCE) namun mahu menguji diri dengan mengambil SPM yang dilaksanakan dalam bahasa Melayu.

“Tahun depan sekiranya ada peluang saya mahu ambil mata pelajaran Kususasteraan Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam. Saya mahu usaha ini menjadi motivasi kepada orang lain dan bagi memberitahu bahawa pembelajaran itu adalah sepanjang hayat,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya