Polis Petaling Jaya keluarkan 121 kompaun bernilai RM319,000 - Utusan Malaysia

Polis Petaling Jaya keluarkan 121 kompaun bernilai RM319,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 121 kompaun berjumlah RM 319,000 telah dikeluarkan Polis Daerah Petaling Jaya atas pelbagai kesalahan dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sejak empat hari bermula Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesalahan tertinggi adalah tidak memakai pelitup muka membabitkan 28 kompaun diikuti tiada penjarakan fizikal (27), tiada kebenaran rentas daerah (19), tidak mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera (17) dan pejabat beroperasi melebihi kapasiti kakitangan dibenarkan (13).

“Lain-lain kesalahan iaitu larangan beroperasi pula dengan empat kompaun dan pergerakan melebihi 10 kilometer (2).

“Orang ramai diingatkan agar terus mematuhi arahan PKP penuh dan Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan kompaun akan diambil,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN