Pertimbang penubuhan Majlis Pemulihan Negara - Utusan Malaysia

Pertimbang penubuhan Majlis Pemulihan Negara

Azman Mohd. Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta mempertimbangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang sama fungsi dengan Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti dicadangkan oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana tujuannya mahu mencari penyelesaian kepada krisis yang sedang dihadapi negara.

Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Azman Mohd. Hashim berkata, rakyat juga tidak perlu risau berikutan MPN bukan bermatlamat menggantikan kerajaan sedia ada sebaliknya memfokuskan kepada mengurangkan kes baharu Covid-19 sehingga tercapai imuniti berkelompok.

Menurutnya, fokus MPN adalah menyelesaikan empat krisis utama negara iaitu kesihatan, ekonomi, politik dan sosial termasuk pendidikan.

“Rakyat sepatutnya menerima cadangan ini kerana tiada apa-apa yang tidak baik. 

“Tidak ada kaitan dengan politik atau pemerintahan sekarang melainkan untuk memulihkan keadaan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah di Istana Negara, baru-baru ini, Dr. Mahathir mencadangkan penubuhan Mageran bagi menangani masalah dalam negara.

Azman yang juga Ketua Biro Perpaduan Pejuang memberitahu, MPN akan melapor secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong dan kuasa MPN juga terhad.

Sehubungan itu, beliau berharap cadangan tersebut akan dibawa dalam perbincangan apabila Yang di-Pertuan Agong bersidang bersama raja-raja Melayu, Rabu ini.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya