340 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual

340 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 340 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah terjual setakat semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus kepada Utusan Malaysia hari ini.

“Setakat semalam, 340 borang telah terjual,” katanya ringkas.

Sebelum ini, SPR menetapkan penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan pada 18 Julai, pengundian awal pada 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN