PETALING JAYA: Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini dalam usaha Malaysia keluar daripada wabak Covid-19
Bagaimanapun menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii ia sudah agak terlewat kerana berpendapat pelan itu sepatutnya dibentangkan pada awal pengumuman Proklamasi Darurat diumumkan.
“Ini adalah pelan yang yang dibuat secara kebetulan, kerana hari ini, vaksin telah diperoleh, kebetulan kes-kes tinggi dan kebetulan nyawa rakyat ramai yang sudah terkorban
“Apabila semua kebetulan-kebetulan ini, justeru pelan ini dirangka atas kebetulan, bukan satu perancangan konkrit yang sepatutnya dirangka sebaik sahaja Proklamasi Darurat, “ ujar kepada Utusan Online hari ini.
Menurut beliau, adalah djangka bulan Ogos dan September baharu boleh merentas negeri, maka ini bermaksud, kehidupan rakyat boleh bergerak seperti biasa, tiga bulan rakyat akan tertekan dengan kehidupan yang tidak menentu, rakyat tiada pendapatan, hilang pekerjaan, dan yang berniaga tidak dapat berbuat demikian .
Bagaimana rakyat mahu meneruskan kehidupan dengan hutang rumah, hutang kereta, belanja anak hendak sekolah dan pelbagai lagi kehidupan asas rakyat bilamana I-Sinar, moratorium tidak diberi.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertindak ambil mudah apabila tidak memikirkan tindakan awal Pelan Pemulihan Negara.
“Hari ini, nasi sudah menjadi bubur, kesilapan pembuat keputusan telah mengorbankan nyawa ramai rakyat Malaysia dan menekan kehidupan harian rakyat, “ dakwa beliau
Apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh Istana, sekira kerajaan ini terus dianggotai oleh mereka yang sama, wal asal balik asal, ia akan menyebabkan kehidupan rakyat akan terus tertekan.
Perdana Menteri semalam mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi empat fasa dan
Perdana Menteri petang tadi mengumumkan Pelan Pemulihan Negara sebagai langkah keluar secara berfasa daripada kemelut penularan Covid – 19. Pelan tersebut merangkumi empat fasa dengan setiap sektor akan dibuka secara berperingkat bergantung kepada data bersandarkan tiga petunjuk ambang utama.
Tiga petunjuk yang dinyatakan itu adalah kadar penularan Covid -19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan kadar vaksinasi, iaitu berdasarkan peratusan populasi yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan.- UTUSAN ONLINE










