Tiga beradik, abang ipar ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Tiga beradik, abang ipar ditemukan lemas

Mayat mangsa lemas dibawa dengan kenderaan polis ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU : Tiga beradik bersama abang ipar mereka yang dilaporkan hilang ketika bermandi-manda ditemukan lemas di kawasan laut berhampiran Kampung Contoh, Petagas dekat sini malam ini.

Semua mangsa berusia antara lapan hingga 17 tahun dilaporkan hilang pada pukul 6 petang tadi selepas mandi-manda bersama lima lagi rakan lain.

Mangsa dikenali sebagai Korais Amit, lapan; Noraini Amit,13; Rafidah Amit,14; dan abang ipar mereka, Galang Naim,17.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, mangsa pertama iaitu Noraini ditemukan pada 8.25 malam dan mangsa terakhir, Galang ditemukan pada 9.25 malam.

Semua mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi dilaporkan hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan menggunakan teknik surface searching’ dan keadaan air laut yang surut memudahkan operasi pencarian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, semua mangsa disahkan lemas dan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi.

“Setibanya semua mangsa di daratan, pegawai Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi mengesahkan keempat-empat mangsa telah meninggal dunia.

“Berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, semua sembilan orang sedang mandi-manda sebelum empat mangsa dilaporkan lemas.

“Sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 6 petang tadi, saya sendiri terus bergegas ke lokasi kejadian bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) polis lain bagi membantu pasukan bomba,” katanya dalam sidang media malam ini.

Di samping membantu, PDRM juga menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) kerana apabila berlaku tragedi sebegini penduduk kampung akan berkumpul bagi membantu dan melihat kejadian.

Mohd. Haris turut menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak-anak terutama semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR).- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya