Gelang pink tak cukup - Utusan Malaysia

Gelang pink tak cukup

KAMPUNG Kutan Tengah dikenakan PKPD sehingga 24 Jun depan kini dikawal ketat anggota pasukan keselamatan. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kehadiran penduduk dari lokasi lain menjalani ujian saringan Covid-19 di Kampung Kutan Tengah, di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenal pasti sebagai punca bekalan gelang pink tidak mencukupi.

Terdahulu, perkara itu mencetuskan kemarahan penduduk yang menghadiri pusat saringan Covid-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan di sini semalam dan tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, pihaknya memperuntukkan kira-kira 1,000 utas gelang pink di pusat saringan itu sejak kelmarin memandangkan bilangan penduduk di situ dianggarkan seramai 990.

Bagaimanapun katanya, keadaan menjadi tidak terkawal apabila penduduk di dua kampung lain iaitu Kampung Kutan Hilir dan Kampung Kutan Hulu turut hadir ke pusat tersebut untuk menjalani ujian saringan.

“Sehingga hari ini seramai 1,198 penduduk telah hadir membuat ujian saringan. Daripada jumlah itu, 208 daripada mereka dari dua kampung yang tidak terbabit dengan PKPD.

“Jabatan mempunyai senarai nama penduduk Kampung Kutan Tengah namun apabila ramai penduduk lain hadir, kami tetap menjalankan ujian saringan sehingga menyebabkan gelang pink tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaini berkata, masalah itu diselesaikan dengan segera apabila pihaknya menambahkan bilangan gelang kuarantin.

Satu hantaran tular di Facebook mendakwa pihak kesihatan tidak menyediakan kit ujian calitan dan gelang pink secukupnya malah turut menuduh tidak serius dalam menangani PKPD di kawasan itu.

Kampung Kutan Tengah dikenakan PKPD bermula semalam hingga 24 Jun depan dan setakat ini, seramai 20 individu dikesan positif Covid-19 di kawasan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya