Fokus kebajikan, ekonomi rakyat sepanjang pandemik - Utusan Malaysia

Fokus kebajikan, ekonomi rakyat sepanjang pandemik

ARMAND AZHA ABU HANIFAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan diminta untuk terus sentiasa supa fokus kepada kebajikan dan ekonomi rakyat terutama ketika Covid-19 sekarang ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, kerajaan perlu memberi keutamaan dan lebih fokus dalam menangani situasi pandemik termasuk meneruskan moratorium automatik secara pukal, i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 demi kepentingan kebajikan rakyat seluruh negara.

“Jika kita kaji dan nilai, UMNO begitu konsisten meminta kerajaan menambah bantuan kepada rakyat yang tertekan dalam situasi terkini disebabkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang berpanjangan.

“UMNO tidak pernah desak kerajaan adakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam keadaan rakyat sedang susah dan gelisah hadapi pandemik, kerana kepimpinan parti sentiasa bertanggungjawab dan berjuang untuk memastikan kebajikan rakyat senantiasa didahulukan,” katanya kepada Utusan Online.

Armand Azha yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang pada masa sama menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan dengan kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu terhadap segala keresahan serta kegelisahan rakyat terhadap pelbagai krisis yang sedang melanda negara ketika ini.

“UMNO Bahagian Subang juga ingin mengucapkan jutaan syukur kehadrat Allah SWT atas titah Seri Paduka dan Majlis Raja-raja Melayu yang bersidang semalam dengan sebulat suara mengambil keputusan meletakan keutamaan negara serta rakyat di hadapan selain meminta demokrasi negara terus dijaga dan dihormati,”ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya