Enam diberkas jadikan kondominum pusat panggilan judi - Utusan Malaysia

Enam diberkas jadikan kondominum pusat panggilan judi

SUSPEK ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti pusat panggilan perjudian di sebuah kondominium di Jalan Klebang Kechil, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lima lelaki dan seorang wanita diberkas selepas dipercayai menjalankan aktiviti pusat panggilan perjudian di sebuah kondominium di Jalan Klebang Kechil di sini, semalam.

Dalam serbuan Op Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kira-kira pukul 5 petang itu, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 34 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, hasil risikan, serbuan telah dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

“Hasil pemeriksaan di premis kita mendapati terdapat lima lelaki dan seorang wanita sedang menjalankan aktiviti dipercayai pusat panggilan perjudian haram.

“Hasil soal siasat kesemua mereka merupakan warga tempatan dari Kota Tinggi, Johor dan mendakwa hanya bekerja sebagai operator pusat panggilan perjudian tersebut,’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kegiatan tersebut telah dijalankan kira-kira tiga minggu dengan mengiklankan aktiviti perjudian menggunakan laman sosial Facebook.

“Dalam serbuan itu kita merampas tiga set komputer riba, sebuah telefon bimbit, satu kad akses kondominium, sebuah meja dan empat buah kerusi.

“Semakan lanjut, dua daripada suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Kastam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Sukri menambah, pada hari sama, sepasukan BSJ IPD Jasin turut membuat serbuan di sebuah kedai runcit di Taman Umbai Impian, Merlimau dan menahan seorang lelaki berusia 58 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen.

“Kesemua mereka yang ditahan semalam dikenakan kompaun RM1,500 di lokasi mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021.

“Mereka juga akan disiasat mengikut disiasat mengikuti Seksyen 4 (1) (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4 (1) (c) akta sama,” jelasnya.

Ujarnya lagi, sepanjang awal bulan ini, JSJ Melaka telah menahan 18 individu dalam 13 serbuan berasingan menerusi Op Dadu dan Op PKP 3.0.

“Sembilan serbuan membabitkan kesalahan menjalankan aktiviti judi dalam talian, manakala tiga judi loteri awam dan satu pusat panggilan perjudian,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN