Bekalan makanan PKPD Simpang Juasseh mencukupi - Utusan Malaysia

Bekalan makanan PKPD Simpang Juasseh mencukupi

KOMANDAN PKPD Simpang Juasseh, Ahmad Syafiq Amin (kiri) menunjukkan bekalan makanan kering yang mencukupi bagi semua penduduk yang terlibat dalam kawasan tersebut.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Bekalan makanan asas bagi penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Simpang Juasseh mencukupi dalam tempoh seminggu akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, bekalan makanan juga telah disumbangkan kepada penduduk sejak minggu lepas bagi menampung keperluan penduduk terlibat.

“Kesemua makanan yang disumbangkan ini akan diberikan kepada penduduk yang terlibat dengan PKPD Simpang Juasseh iaitu meliputi 302 buah rumah di tiga buah kawasan perumahan yang terjejas.

“Selain makanan kering, kami turut menyediakan makanan basah seperti ayam, ikan dan sayur segar mengikut keperluan dan sekiranya tidak mencukupi mereka boleh menghubungi talian utama atau hotline 017-6552040 untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini tular dalam media sosial mendakwa pihak bertanggungjawab tidak menyalurkan bantuan makanan kepada keluarga di PKPD Simpang Juasseh, malah, makanan basah yang dijual di kedai runcit di dalam kawasan PKPD tersebut juga tidak segar.

Menurut Mohd. Faizal, petugas terlibat telah membuat pemeriksaan di kedai terbabit dan mendapati bekalan makanan basah yang dijual adalah segar dan tidak seperti didakwa.

“Saya menasihatkan penduduk terlibat di kawasan PKPD ini tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan sebarang kekeliruan boleh menghubungi pihak kami untuk mendapat maklumat yang sah. Makanan yang diserahkan sekali seminggu ini adalah bagi memastikan penduduk tidak terputus bekalan,” katanya lagi.

Berbeza PKPD di tempat lain, PKPD Simpang Juasseh diberi kelonggaran apabila ahli keluarga yang yang tidak memakai gelang kuarantin dibenarkan keluar membeli barang keperluan asas di kedai runcit di dalam kawasan PKPD terbabit.

Penduduk juga dibenarkan memesan makanan dan diletakkan terlebih dahulu ke pos pengawal sebelum ia dihantar kepada keluarga terlibat. -UTUSAN ONlINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya