Armada tawar peluang pekerjaan untuk 1,000 anak muda - Utusan Malaysia

Armada tawar peluang pekerjaan untuk 1,000 anak muda

AHMAD SOBREE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 golongan anak muda berpeluang mendapat pekerjaan melalui program Armada Exchange (AX) walaupun negara kini sedang berdepan dengan masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19. 

Pengerusi Biro Ekonomi Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Ahmad Sobree berkata, golongan berkenaan akan dilantik sebagai ejen pembekal kepada Halalmall untuk menjual setiap barangan syarikat berkenaan. 

“Mereka berperanan untuk mendapatkan sebanyak mana pembelian dan tempahan secara dalam talian untuk barangan syarikat ini. 

“Daripada tempahan ini nanti, Halalmall sendiri akan menghantar barangan tersebut kepada pembeli dan anak muda mampu meraih pendapatan sehingga mencecah RM5,000,” katanya. 

Program AX dilancarkan dengan kerjasama Halalmall Online dan Persatuan Masa Depan Usahawan Melayu (Mafea). 

Pendaftaran menjadi ejen sudah dibuka di pautan halalmall.online dan tidak memerlukan sebarang temu duga. 

Mengulas lanjut, Ahmad Sobree berkata, mereka yang mahu mendaftar hanya perlu membayar yuran RM30 sekali bayaran manakala biro Armada akan menanggung RM120 serta subsidi. 

“Kami turut menyediakan latihan secara dalam talian secata percuma kepada ejen-ejen yang dipilih dan kami tidak menetapkan had umur jika mahu menjadi ejen. 

“Langkah Biro Ekonomi Armada Bersatu ini jika diteliti ia lebih kepada usaha meningkatkan ekonomi anak-anak muda selain sebagai salah suatu tanggungjawab sosial kepada mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya