86 kematian termasuk 63 warga emas - Utusan Malaysia

86 kematian termasuk 63 warga emas

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 7,748 kes berbanding semalam, 8,209 kes manakala kematian pula, 86 kes berbanding hari sebelumnya, 103 kematian.

Malah, kes sembuh turut merekodkan penurunan apabila mencatat sebanyak 6,624 kes berbanding semalam, 7,049 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes kematian, Selangor yang terus mencatatkan kes positif melebihi 2,000 kes iaitu 2,612 kes turut merekodkan 20 kematian.

Katanya, Johor pula merekodkan 14 kes kematian, 13 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Kuala Lumpur, lima kes di Sarawak, empat kes di Kedah, masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, Pahang, Perak, Labuan, dan Pulau Pinang, masing-masing dua kes di Kelantan dan Terengganu, serta satu kes di Perlis.

“Seramai 51 lelaki termasuk satu warga asing dan 35 wanita termasuk dua warga asing berusia antara 26 hingga 101 dengan 63 warga emas, 16 tiada latar belakang penyakit dan tujuh meninggal dunia di rumah (BID).

“Antara penyakit yang dikesan kepada baki kes iaitu kencing manis, darah tinggi, asma, tiroid, dislipidemia, strok, paru-paru kronik, kanser, jantung, buah pinggang kronik, obesiti, hati, sumsum tulang, paru-paru kronik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes aktif pula menunjukkan peningkatan iaitu 84,369 kes berbanding semalam, 83,331 kes serta 883 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Bagi kes melibatkan negeri, selain Selangor, Kuala Lumpur merekodkan 851 kes, Negeri Sembilan (709), Sarawak (706), Johor (446), Pulau Pinang (376), Perak (371), Sabah (287), Kelantan (286), Kedah (263), Melaka (234), Labuan (230), Terengganu (203) dan Pahang (146).

“Hanya Putrajaya merekodkan kes dua angka iaitu 20 kes manakala Perlis, lapan kes,” katanya.

Mengulas mengenai 23 kluster baharu, beliau berkata, 12 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, dua kluster keagamaan dan dua pendidikan.

Bagi 12 kluster tempat kerja katanya, Persiaran Camellia di Hulu Selangor, Selangor (14) kes; Jalan Sungai Bakau melibatkan Gombak dan Klang, Selangor (42); Industri Sungai Buloh melibatkan Kuala Selangor dan Petaling, Selangor (32); Tapak Bina Desa Bakti melibatkan Kepong dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (28); Industri Persiaran Bunga Tanjung Dua melibatkan Seremban dan Rembau, Negeri Sembilan (27) dan Jalan Tampin – Gemas di Tampin, Negeri Sembilan (44).

“Enam lagi, Industri Jalan Senawang Tiga di Seremban, Negeri Sembilan (53); Jalan Keluli Tiga di Johor Bahru, Johor (27); Jalan Bandar Baru di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (51); Jalan Jelapang 2 melibatkan Kinta, Perak Tengah dan Kuala Kangsar, Perak (28); Jalan Tanjung Machang di Machang, Kelantan (15) dan Pasar Borong Jengka di Maran, Pahang (19).

“Tujuh kluster komuniti, Bunut melibatkan Mukah dan Sibu, Sarawak (35); Pulutan di Nabawan, Sabah (11); Dah Fajar di Padang Terap, Kedah (24); Dah Rimba melibatkan Sik, Kulim, Kuala Muda, dan Baling, Kedah (35); Alor Serdang melibatkan Setiu, Besut, dan Dunggun, Terengganu (58); Gunung Senyum di Temerloh, Pahang (14) dan Jengka Dua Puluh melibatkan Maran dan Jerantut, Pahang (19),’ katanya.

Tambahnya, dua kluster keagamaan iaitu Taman Seremban Jaya di Seremban, Negeri Sembilan (48) dan Jalan Alor Gajah Lama melibatkan Alor Gajah dan Melaka Tengah, Melaka (26).

“Kluster pendidikan pula, Persiaran Mercu di Hulu Langat, Selangor (48) dan Putra Enam Belas melibatkan Putrjaya serta Petaling dan Sepang, Selangor (8),” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya