Topeng pelitup muka corak serigala, makhluk asing - Utusan Malaysia

Topeng pelitup muka corak serigala, makhluk asing

ADZAHIR Zaharin menunjukkan antara pelitup muka dengan corak unik yang telah dihasilkannya di Kempas, Johor. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mewajibkan setiap individu memakai topeng pelitup muka memberi idea kepada Adzahir Zaharin, 49, untuk menghasilkan pelitup muka yang unik.

Menurut Adzahir yang bekerja sebagai seorang pembuat topi keledar motosikal, dia mendapat idea itu ketika masa terluang akibat tiada pekerjaan sejak pandemik Covid-19 melanda.

“Pada mulanya saya membuat pelitup muka ini sebagai hobi sahaja ekoran tiada pekerjaan semasa pandemik Covid-19 ini.

“Idea ini datang sendiri manakala reka bentuk dan corak yang dihasilkan adalah berdasarkan topi kaledar penuh, cuma saya kecilkan untuk disesuaikan dengan saiz topeng pelitup muka,” katanya.

Adzahir berkata demikian ketika ditemui di kediamannya yang dijadikan sebagai bengkel tempatnya menghasilkan pelitup muka serba unik berkenaan di Kempas, di sini hari ini.

Pelitup muka yang dihasilkan Adzahir dibuat menggunakan gabungan bahan kertas karbon fiber dan pewarna kalis air dengan setiap satu unit mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.

Katanya, topeng muka unik yang dihasilkannya itu sesuai dipakai untuk penunggang motosikal atau sebagai kegunaan harian.

“Antara corak yang saya buat termasuklah rekaan haiwan seperti serigala, makhluk asing dan banyak lagi.

“Saya tidak meletakkan sebarang harga jualan kerana ia dibuat hanya sebagai hobi, tetapi, biasanya kawan akan melihat hasil kerja saya itu dan mereka akan membelinya,” ujarnya.

Setakat ini, sebanyak 15 pelitup muka telah dihasilkan Adzahir dan mendapat respons baik daripada orang ramai. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya