Tiga juruteknik didakwa tipu RM6,000 - Utusan Malaysia

Tiga juruteknik didakwa tipu RM6,000

TIGA juruteknik TNB didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini kerana menipu seorang lelaki membabitkan wang RM6,000 tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga juruteknik Tdihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki hingga menyebabkan mangsa kerugian RM6,000, tahun lalu.

Tertuduh, Azhari Abdul Ghani, 46, Faizizee Azami, 31, dan Mohd. Noor Hakim Noor Rashid, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa menipu seorang lelaki berusia 43 tahun dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa bayaran RM6,000 merupakan bayaran bagi pihak kontraktor yang dilantik untuk membaiki kerosakan kabel di antara SS Felda Besout 4 dan SS Besout By Pass K. Slim pada 14 dan 15 Ogos 2020 sedangkan pihak kontraktor membuat tuntutan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di perkarangan tempat letak kenderaan di Jalan Sentral Sungkai 7, Sungkai kira-kira pukul 4 petang, 21 Ogos 2020.

Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Maziyah Mansor manakala Azhari dan Faizizee diwakili peguam, Mohd. Baharuddin Ahmad Kassim dan Shahidah Muslimah Roslan pula mewakili Mohd. Noor Hakim.

Terdahulu, Maziyah menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh sebelum mahkamah membenarkan ikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 12 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya