Tiada varian baharu Covid-19 dikesan di Johor - Utusan Malaysia

Tiada varian baharu Covid-19 dikesan di Johor

TANGKAP layar daripada sebuah video yang kononnya menyatakan seorang individu meninggal dunia akibat varian baharu Covid-19 yang didakwa berlaku di Senai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan tiada varian baharu Covid-19 yang dikesan di negeri ini, walaupun selepas setahun lebih pandemik berkenaan melanda seluruh dunia.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, ini termasuk berkaitan satu video tular yang mendakwa seorang individu maut kerana serangan varian baharu Covid-19.

“Siasatan daripada video itu mendapati pesakit berkenaan tiada kaitan langsung dengan kes Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 32 saat menunjukkan beberapa petugas kesihatan sedang menguruskan seorang individu dipercayai meninggal dunia di tepi jalan sambil diperhatikan orang awam.

Turut tular bersama video berkenaan adalah maklumat yang mendakwa kononnya kejadian berlaku di Senai, dekat sini dan mangsa positif Covid-19 dengan varian baharu yang berasal dari India.

Laporan sebelum ini menyatakan varian Covid-19 di India lebih serius berbanding varian sedia ada di negara ini kerana memberi kesan lebih buruk kepada kesihatan pesakit yang dijangkiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN