PUNB wujud bantuan pekerja terkesan Covid-19 - Utusan Malaysia

PUNB wujud bantuan pekerja terkesan Covid-19

NOH Omar ( kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim dan Ibu Tunggal Parlimen Tanjong Karang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJONG KARANG: Bantuan dana diberikan kepada usahawan bumiputera yang dikenali sebagai Bumiputera Relief Financing (BRF) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terkesan akibat Covid-19 telah habis digunakan.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Noh Omar berkata, buat masa ini, tiada penambahan dana untuk mereka yang terkesan sebaliknya pihaknya kini mewujudkan peruntukan khas untuk golongan pekerja iaitu RM50 juta kepada peminjam.

Menurutnya, Lembaga Pengarah telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada pekerja-pekerja yg diberhentikan kerja akibat Covid-19.

“Peruntukan ini telah dipersetujui dan jika dahulu, syarat minimum ialah RM100,000, tetapi untuk program pekerja yang diberhentikan akibat Covid-19 adalah RM50,000.

“Buat masa ini, kita telah membukanya untuk mereka terjejas atau diberhentikan kerja. Mereka perlu membawa bukti diberhentikan kerja dan berpeluang untuk berniaga,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir ke majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim dan Ibu Tunggal Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

Terdahulu, nasib 160 anak-anak yatim dan ibu tunggal di Parlimen Tanjong Karang terus terbela apabila mendapat perhatian PUNB dengan memperoleh sumbangan RM100 setiap seorang.

Sementara itu, salah seorang penerima, Syazira Akbar,36, berkata, sumbangan daripada PUNB sememangnya membantunya dalam melakukan persiapan raya untuk tiga anaknya.

Jelas ibu tunggal itu, suaminya telah meninggal dunia tiga tahun lalu akibat kanser dan membesarkan anak-anak dengan hanya bergantung dengan pencen bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) arwah sebanyak RM1,160 sahaja.

“Di saat negara dilanda Covid-19, memerlukan wang agak banyak terutama menjelang Aidilfitri. Saya bersyukur apabila tiga anak berusia 11, sembilan dan empat tahun menerima bantuan daripada PUNB.

“Bukan mereka sahaja, saya juga menerima bantuan daripada PUNB. Dengan adanya sumbangan ini, dapat saya membeli kelengkapan anak-anak untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya