PUM mengutuk keras serangan Israel ke atas rakyat Palestin - Utusan Malaysia

PUM mengutuk keras serangan Israel ke atas rakyat Palestin

AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang berterusan menyerang umat Islam di Palestin, khususnya di Masjid al-Aqsa dan Gaza.

Tindakan rejim Israel itu suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan terutama apabila ianya dilakukan dalam bulan Ramadan di mana umat Islam melaksanakan ibadah puasa di siang hari dan melakukan solat tarawih dan ibadah-ibadah lain pada malam hari.

Yang Dipertua PUM, Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, tindakan rejim Zionis mengusir penduduk di perkampungan Syeikh Jarrah menunjukkan kerakusan mereka untuk merampas keseluruhan tanah Palestin untuk dibina penempatan bagi masyarakat Yahudi.

“Kebiadaban rejim Israel ini berterusan apabila rakyat Palestin dihalang daripada melakukan ibadah di Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga suci dalam Islam.

“Mereka membedil sesuka hati menyebabkan rakyat Palestin cedera sehingga ada yang dinafikan akses untuk mendapat rawatan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Al-Syeikh Abdul Halim berkata, pengeboman berterusan di Gaza adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Katanya lagi, kuasa besar dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti segera memberikan tekanan kepada Israel supaya berundur dan berhenti daripada melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin.

“Sekiranya kerakusan rejim Israel ini tidak dibendung, kemungkinan dunia akan menyaksikan kebangkitan intifadah ke-3 yang kesannya nanti akan memburukkan krisis kemanusiaan dunia.

“Cukuplah Israel yang memberikan layanan buruk terhadap Palestin dalam soal vaksinasi covid-19, janganlah pula menyerang mereka bertubi-tubi,”katanya.

Beliau menambah, pasti reaksi kumpulan Palestin akan memberi impak kepada kehancuran Israel yang diebabkan oleh kesilapan mereka sendiri dan ditunggu oleh ramai pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya