Jari kanak-kanak hancur tersepit mesin tebu - Utusan Malaysia

Jari kanak-kanak hancur tersepit mesin tebu

BOMBA mengeluarkan tangan mangsa dalam masa 10 minit menggunakan peralatan untuk membuka mesin tebu di bazar Ramadan Taman Serkam Jaya, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Tangan kiri seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hancur selepas tersepit di dalam mesin tebu ketika membantu ayahnya berniaga di bazar Ramadan Taman Serkam Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.45 petang itu, tangan mangsa parah sehingga di pergelangan tangan dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau.

Ketua BBP Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.49 malam dan sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba lapan minit kemudian dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki sedang menahan kesakitan dengan keadaan tangan kirinya tersepit di dalam mesin tebu tersebut.

“Unit bantuan berjaya mengeluarkan tangan mangsa dalam masa 10 minit menggunakan peralatan untuk membuka mesin berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau memberitahu, pihaknya dimaklumkan insiden malang itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut ingin membantu ayahnya memerah tebu untuk jualan di bazar Ramadan.

“Tangan kanak-kanak tersebut cedera sehingga di pergelangan tangan dengan keadaan bahagian jarinya telah hancur.

“Selepas berjaya dikeluarkan, kita menyerahkan mangsa kepada pihak pegawai perubatan untuk dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya