Covid-19: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kritikal di ICU - Utusan Malaysia

Covid-19: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kritikal di ICU

Rizuan Abd Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd. Hamid dilaporkan kritikal akibat dijangkiti wabak pandemik Covid-19.

Beliau kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) d Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memberitahu perkembangan terkini Rizuan selepas disahkan positif pada 1 Mei lalu.

“Maklumat tentang Rizuan kena Covid-19 itu benar. Statusnya di ICU juga benar,” demikian pengesahannya kepada sebuah portal berita.

Namun, beliau memaklumkan tiada sebarang maklumat mengenai isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad yang dilapor turut menerima rawatan di ICU di hospital sama.

Terdahulu, Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diarahkan menjalani kuarantin di PPUM pada 3 Mei.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya