Ramadan: Khidmat COD makanan dalam radar JHEAIK - Utusan Malaysia

Ramadan: Khidmat COD makanan dalam radar JHEAIK

SYEIKH RADZI ABDUL MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di semua daerah bagi memastikan tiada peniaga menawarkan khidmat tunai ketika penghantaran (COD) makanan untuk ‘geng plastik hitam’ sepanjang Ramadan ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, tindakan ke atas peniaga tersebut boleh dikenakan sekiranya mereka melanggar peraturan termasuk menjual makanan sebelum waktu iaitu pada pukul 3 petang.

“Operasi bersepadu ini membolehkan penjual makanan diambil tindakan kerana tidak mematuhi peraturan termasuk jika menjual makanan sebelum waktu iaitu pukul 3 petang.

“JHEAIK mengakui terdapat pelbagai kekangan dalam membanteras aktiviti ‘geng plastik hitam’ kerana penguatkuasaan jabatan hanya melibatkan makan di premis iaitu jika ketika serbuan kita dapati ada orang sedang makan kita boleh tahan mereka,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Syeikh Radzi berkata, JHEAIK melakukan pemantauan dan rondaan secara agresif di 71 lokasi panas kaki ponteng puasa yang dikenal pasti bagi membanteras kegiatan mencemar kemuliaan Ramadan.

Katanya, kawasan tersebut terdiri daripada premis restoran, gerai makan, rumah malah bonet kereta dalam radar pihaknya dan pejabat agama Islam daerah.

“Markas yang dikenal pasti ada yang dekat rumah, kedai makan dan peniaga yang guna bonet kereta. Perkara ini berlaku setiap tahun dan kebiasaannya di kedai yang sama berulang jadi tabiat.

‘Berdasarkan rekod terdapat empat kes tangkapan melibatkan kesalahan tersebut pada tahun lepas dan 12 kes pada 2019, ” katanya.

Jelasnya, pengurangan tahun lepas mungkin disebabkan penutupan banyak premis makanan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

“Terdapat pelbagai taktik digunakan sebelum ini termasuk buka pintu belakang sahaja, jual makanan di kedai bukan Islam dan kita akan pantau semua ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya