Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia

Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung.

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan, lelaki berusia 55 tahun itu telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah pada pukul 8.01 pagi semalam akibat serangan jantung. 

“Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Mekah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 Menurut TH, jemaah itu berasal daripada Cheras, Selangor, berusia 55 tahun dan hadir bersama isteri dan empat ahli keluarga ke Tanah Suci. 

“Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 dan menginap di Al Kiswah Hotel di Mekah,” katanya.

Setakat ini, seramai tiga jemaah Malaysia telah meninggal dunia sepanjang musim haji tahun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN