Kebakaran tapak pesta ragut lima nyawa

Kebakaran tapak pesta ragut lima nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya lima dilaporkan maut dalam satu kebakaran besar di sebuah tapak pesta yang sesak di tenggara Mexico.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kebakaran di bandar Villahermosa, negeri Tabasco, tercetus ketika satu konsert berlangsung pada awal pagi Khamis.

Berdasarkan maklumat rasmi, akhbar Mexico El Pais melaporkan, kira-kira 135,000 orang menghadiri konsert yang bermula pada malam Rabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai menjerit dan melarikan diri dalam keadaan panik. Punca kebakaran masih belum diketahui.

Dalam satu hantaran di X pada Khamis, Gabenor Tabasco, Javier May berkata, api berjaya dikawal oleh pasukan kecemasan.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menawarkan sokongan penuh daripada pihak berkuasa negeri.

May berkata, beliau ‘berterima kasih kepada orang awam yang membantu mengosongkan kawasan tersebut’.

Gabenor itu turut mengumumkan satu program pemulihan ekonomi bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini