‘Wakil rakyat jangan tunjuk muka menjelang pilihan raya sahaja’

‘Wakil rakyat jangan tunjuk muka menjelang pilihan raya sahaja’

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah merasmikan Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahan, Kuantan, Pahang. -  UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Setiap wakil rakyat di negeri ini disaran lebih kerap turun padang dan berurusan dengan jabatan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan segala masalah rakyat dapat diselesaikan segera.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah, wakil rakyat perlu melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan tidak hanya muncul ketika musim pilihan raya.

“Bukannya tunjuk muka menjelang pilihan raya sahaja. Rajinkan diri turun naik ke jabatan kerajaan dan PBT bagi memastikan segala masalah rakyat dapat diselesaikan dengan cepat, cekap dan berkesan.

“Jangan sehingga masalah longkang sekolah, anjing liar, benteng pecah dan tebang pokok juga sampai kepada saya. Selesaikan dengan segera,” titah baginda ketika Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Tengku Hassanal turut mengingatkan wakil rakyat supaya bekerja bersungguh-sungguh demi kepentingan rakyat dan tidak menunggu sehingga tahun terakhir penggal pentadbiran untuk menunjukkan komitmen.

“Jangan tunggu tahun terakhir pilihan raya baru nak tunjuk muka, baru nak buat itu dan ini,” titah baginda. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN