Polis kesan penerbit, pelakon iklan judi - Utusan Malaysia

Polis kesan penerbit, pelakon iklan judi

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis kini sedang mengesan penerbit dan pelakon yang terlibat dalam video tular yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan ‘duit raya’.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal usul video berkenaan.

Kata beliau, isi kandungan video ini didapati dengan jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangan kegusaran awam.

“Justeru itu, kita akan kesan mereka yang terlibat untuk diambil keterangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 (1)(g) Akta Judi Rumah Terbuka.

“PDRM turut akan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan videi ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam.

Terdahulu, tular klip video lagu raya berdurasi dua minit dan satu saat yang memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

Liriknya video berkenaan menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan duit.

klip berdurasi itu turut memaparkan kandungan menarik minat orang ramai mencuba permainan itu untuk mencari duit raya.

Iklan berkenaan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak susah hati dengan perbelanjaan menjelang sambutan Aidilfitri lebih tiga minggu lagi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya