Pokok sena bahayakan penduduk akan ditebang - Utusan Malaysia

Pokok sena bahayakan penduduk akan ditebang

SEORANG penduduk, NORMADIAH Kassim menunjukkan surat aduan yang dibuat kepada PBT yang memohon sebatang pokok sena berusia lebih 30 tahun yang dibimbangi boleh mengundang bahaya kepada penduduk di Rumah Rakyat Kampung Sri Lalang ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penduduk Rumah Rakyat Kampung Sri Lalang, Rantau kini boleh menarik nafas lega apabila pokok sena berusia lebih 30 tahun yang terletak berhampiran perumahan berkenaan akan ditebang segera.

Tindakan ini dibuat selepas Utusan Malaysia pada 25 Mac lalu menyiarkan kebimbangan penduduk di kawasan perumahan berkenaan yang bimbang terhadap keselamatan mereka kerana pokok berkenaan boleh tumbang bila-bila masa, lebih-lebih lagi ketika angin kencang dan ribut.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Zazali Salehudin, pihaknya telah menyiasat aduan tersebut dan mendapati bahawa pokok berkenaan berada di dalam rizab jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bukan di bawah kawasan seliaan MBS.

“Hasil siasatan Jabatan Taman MBS telah dipanjangkan kepada pihak JKR. Difahamkan pada 1 April lalu, pihak kontraktor yang dilantik oleh JKR akan berbincang dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengatur kenderaan yang banyak parkir di kawasan tersebut.

“Pihak kontraktor akan mulakan kerja–kerja penebangan dengan kadar segera bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kebimbangan beberapa penduduk mengenai sebatang pokok sena berusia 30 tahun yang dibimbangi membahayakan orang ramai jika ia tidak ditebang.

Menurut mereka, walaupun aduan telah dibuat kepada pihak berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak tiga tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya