Peratus patuh tinggi, sekolah selamat dibuka - Utusan Malaysia

Peratus patuh tinggi, sekolah selamat dibuka

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peratusan pematuhan yang tinggi pada umumnya membolehkan sekolah menengah terus dibuka hari ini secara keseluruhannya dan semalam untuk kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, berdasarkan pengalaman pembukaan sekolah rendah semestinya memberi iktibar dan kesiapsagaan komuniti pendidikan serta ibu bapa.

“Semua pihak tidak sepatutnya berasa selesa dan mengambil ringan khususnya pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang diwujudkan.

“Masih terdapat ruang dan peluang untuk diperketat bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat, selesa, diyakini bersih serta terkawal daripada penularan penyakit,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, kebanyakan sekolah sedang membuat mesyuarat berkaitan dengan SOP serta inisiatif sekolah menampal maklumat di kelas, makmal serta bilik khas tentang langkah penjagaan dan keselamatan semasa di sekolah.

“Saya yakin bahawa semua guru bersedia menerima pelajar semula dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

“Namun tidak dinafikan bahawa ada sedikit masalah ibu bapa yang paranoid terutama mereka yang tinggal di bandar,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar ibu bapa bersabar dengan memberi kerjasama mematuhi SOP dan mereka juga perlu mengatur masa bagi tidak berlaku kesesakan semasa hari pertama pendaftaran pelajar sekolah menengah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya