Majikan pukul pengawal peribadi akan didakwa - Utusan Malaysia

Majikan pukul pengawal peribadi akan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis hampir melengkapkan siasatan terhadap ahli perniagaan yang terbabit dalam kejadian memukul pengawal peribadi dan rakannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebaik semuanya selesai, suspek akan dicadangkan pertuduhan selepas tamat reman iaitu esok.

“Selepas itu, suspek akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bagi melengkapkan satu lagi kertas siasatan di sana.

“Pada masa sama, kami akan menghantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat ini,” katanya di sini hari ini.

terdahulu, lelaki berusia 43 tahun itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Dia disiasat susulan memukul dua pengawal peribadi dan diacukan pistol disebabkan enggan menuruti arahan majikan supaya tidak berpuasa.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang.

Kejadian itu turut tular di media sosial dan masyarakat mahu keadilan yang setimpal terhadap mangsa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya