Guan Dee berpengalaman dalam sektor pelancongan, kebudayaan - Utusan Malaysia

Guan Dee berpengalaman dalam sektor pelancongan, kebudayaan

GUAN DEE KOH HOI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengalaman Datuk Guan Dee Koh Hoi yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan menjadikan beliau tidak asing dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkata, pihaknya yakin pemilihan dan pelantikan Guan Dee memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan dan pasukan kerja kementeriannya yang diterajui Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

“Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Guandee atas pelantikan ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, Guan Dee mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Singgahsana Kecil, Istana Negara hari ini.

Upacara angkat sumpah itu dibuat dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia.

Pelantikan Guan Dee diperkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah telah dilantik Senator pada 16 Disember tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya