Geran RM2 juta Program MyKasih Kapital bantu wanita jana pendapatan - Utusan Malaysia

Geran RM2 juta Program MyKasih Kapital bantu wanita jana pendapatan

RINA Mohd. Harun beramah mesra bersama penerima Geran MyKasih Kapital pada Majlis Penyerahan Geran MyKasih Kapital di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan geran bernilai RM2 juta melalui Program MyKasih Kapital kepada golongan wanita untuk menjana pendapatan menerusi perniagaan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, seramai 4,000 usahawan wanita bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ini yang merupakan manifestasi sokongan kementerian kepada para wanita bakal bergelar usahawan.

“Pemberian insentif ini sebagai satu usaha menggalakkan wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang, dropship atau perniagaan lain.

“Objektif utama program ialah memperkasakan ekonomi wanita yang terkesan pandemik Covid-19 melalui pemberian modal perniagaan, membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan dan mengoptimumkan potensi wanita berdasarkan bidang kemahiran,” katanya pada majlis Penyerahan Geran MyKasih Kapital kepada 100 penerima bagi fasa pertama di sini hari ini.

Rina berkata, bagi memastikan Geran MyKasih Kapital benar-benar digunakan, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) akan melaksanakan kajian penilaian keberhasilan ke atas usahawan yang menerima geran tersebut.

Menurutnya lagi, kajian itu juga akan menilai kesan impak sosial yang dapat dihasilkan menerusi pemberian geran berkenaan.

“Program pemantauan dan penilaian keberhasilan ini akan dilaksanakan selepas enam bulan daripada tempoh pemberian geran.

“Selain program ini, kerajaan juga telah memperuntukkan RM50 juta bagi pembiayaan mikro dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tekun Nasional telah diberikan khusus untuk wanita,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya