250 jemaah Surau Raudhatul Jannah kembali solat tarawih - Utusan Malaysia

250 jemaah Surau Raudhatul Jannah kembali solat tarawih

KIRA-kira 250 jemaah menunaikan solat tarawih sempena hari pertama Ramadan di Surau Raudhatul Jannah, Taman Sierra Perdana di Masai, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Setelah setahun tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, orang ramai kembali dibenarkan menunaikan solat itu dengan norma baharu kali ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Surau Raudhatul Jannah di Taman Sierra Perdana, Masai mendapati, para jemaah khususnya penduduk di taman perumahan tersebut mula memenuhi surau sejak solat Maghrib lagi.

Para jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu mengimbas suhu sebelum memasuki ruang solat, penjarakan satu meter antara jemaah dan tidak kurang ada yang membawa sejadah sendiri.

Solat tarawih kali pertama selepas bulan puasa pada tahun 2019 itu diimamkan Khairul Nizam Mahpob bersama kira-kira 250 jemaah.

Sementara itu, ahli jawatankuasa surau berkenaan, Jamil Musa, 49, bersyukur dan gembira kerana dapat menunaikan solat sunat itu secara berjemaah.

“Alhamdulillah, rasa sebak juga bila melihat rumah Allah kembali diimarahkan dengan solat tarawih tahun ini setelah tidak dapat berbuat demikian pada bulan puasa tahun lalu.

“Diharapkan semua jemaah dapat terus mematuhi SOP agar kita dapat mengekalkan kebenaran solat tarawih ini sehingga solat sunat Aidilfitri pula kelak,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Sementara itu, Pengerusi Surau Raudhatul Jannah, Wan Nordin Wan Kassim, 63, pula bersyukur apabila kerajaan membenarkan aktiviti keagamaan itu diadakan mengikut kapasiti surau atau masjid.

Justeru, beliau berharap lebih ramai jemaah akan hadir dan mengambil peluang sebaik mungkin sempena bulan suci ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya