1 daripada 2 rakyat Malaysia gemuk - Utusan Malaysia

1 daripada 2 rakyat Malaysia gemuk

KANAK-KANAK yang mempunyai ibu bapa yang gemuk berdepan risiko empat hingga lima kali ganda untuk membesar menjadi dewasan yang obes. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan satu dalam setiap dua rakyat dewasa negara ini sedang mengalami masalah berlebihan berat badan atau obesiti.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, prevalen berlebihan berat badan dalam kalangan orang dewasa adalah 30.4 peratus pada tahun 2019.

Katanya, hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan secara berkala terdapat peningkatan prevalen obesiti secara mendadak setiap tahun dalam kalangan orang dewasa.

“Bermula 1996, peratusan obesiti hanyalah 4.4 peratus dan ia meningkat lebih tiga kali ganda dengan menjadi 14 peratus pada tahun 2006 di mana ia terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015 dan pada tahun 2019, ia mencatatkan peratusan iaitu 19.7 peratus.

“Tinjauan turut menunjukkan peningkatan prevalen diabetes dalam kalangan orang dewasa iaitu daripada 11.6 peratus pada tahun 1996 kepada 15.2 peratus pada 2006 dan 17.5 peratus pada tahun 2015 manakala yang terbaharu pada tahun 2019 iaitu 18.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis perasmian Bulan Pemakanan Malaysia peringkat Kebangsaan taun 2021 dan pelancaran inisiatif ‘Pilihanku’ atau ‘MyChoice’ di pejabatnya di sini hari ini.

Dr. Adham berkata, bagi prevalen hipertensi turut menunjukkan peningkatan daripada 32.2 peratus pada tahun 1996 kepada 32.7 peratus pada tahun 2006 namun berlaku penurunan sedikit iaitu 30.3 peratus pada tahun 2015 dan 30 peratus pada taun 2019.

Mengulas mengenai inisiatif inisiatif ‘Pilihanku’ atau ‘MyChoice’, beliau berkata, ia adalah program kesinambungan daripada program Pilihan Lebih Sihat (HCL) yang memberi pengiktirafan kepada produk makanan berbungkus yang lebih sihat.

Katanya, sehingga Februari lalu, sebanyak 422 produk telah mendapat logo HCL di mana logo diberikan kepada pilih hidangan yang lebih sihat berbanding menu lain yang terdapat di restoran.

“Pengusaha restoran boleh memaparkan logo itu pada pintu masuk ke restoran bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan sihat.

“Usaha ini bukanlah kementerian mempromosikan mana-mana restoran tetapi ia hanyalah pengesahan bagi pilihan menu sihat yang ada di restoran terbabit malah semua pengusaha termasuk restoran makanan segera berpeluang memiliki logo terbabit sekiranya memenuhi kriteria ‘Pilihanku’ yang ditetapkan Kementerian,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya