Agensi bantuan kewangan digesa turun padang bantu PKS - PM

Agensi bantuan kewangan digesa turun padang bantu PKS – PM

ANWAR Ibrahim (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Badli (dua dari kiri) ketika menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Skim Khas Usahawan Tani Agrobank X Fama di Pasar Tani Taman Melawati, Kuala Lumpur. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi berkaitan kewangan digesa supaya turun padang bagi memberi penerangan kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) mengenai kemudahan pembiayaan pinjaman khususnya mereka yang berdepan kekangan modal.

Ia susulan laporan kajian dan hasil tinjauan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang mendapati hanya lima peratus penjaja menerima bantuan daripada institusi bantuan kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memanggil semua agensi berkaitan ke pejabatnya, dua minggu lalu bagi membincangkan pelaksanaan program pembiayaan yang menunjukkan kemudahan pinjaman meluas, namun tidak diketahui dan dimanfaatkan.

Menurutnya, antara agensi terlibat ialah BSN, Tekun, Bank Rakyat, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Agrobank.

“Saya kata (kepada agensi kewangan) turun (jumpa rakyat), jangan minta mereka datang ke pejabat. Turun dan beritahu manfaatnya.

“Di sini di Taman Melawati, kita lihat ratusan syarikat (peniaga) kecil yang memulakan perniagaan, ada memerlukan pinjaman RM10,000 hingga RM20,000.

“Masalah pinjaman mudah sering berlaku dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, justeru agensi berkaitan perlu turun sendiri bagi penjelasan memudahkan urusan pembiayaan,” kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pasar Tani Melawati di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar turut merasmikan program kerjasama Agrobank dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memperkukuh sokongan kepada usahawan tani dan peniaga kecil.

Menurutnya, golongan tersebut turut mendapat pinjaman dengan perkhidmatan yang rendah sekitar empat peratus sahaja.

Ditanya apa antara keluhan PKS, beliau berkata, ia hanya berkaitan isu pinjaman.

“Ada yang tidak tahu dapatkan pinjaman, hanya isu kecil. Yang mengeluh orang politik sahaja,” katanya.

Minggu lalu, Kerajaan Madani mengumumkan kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi tahun 2026, yang dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro.

Kemudahan ini melibatkan pinjaman sehingga RM100,000, dengan kadar pembiayaan bagi skim tertentu serendah empat peratus setahun.

Ia disediakan melalui agensi Kerajaan ini ditujukan kepada golongan yang bekerja keras mencari rezeki, termasuk peniaga kecil, penjaja pasar malam, wanita, belia, pekerja gig, lepasan TVET, kontraktor kecil, pesawah padi serta golongan asnaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN