Zahid cabar seorang menteri UMNO letak jawatan serta merta - Utusan Malaysia

Zahid cabar seorang menteri UMNO letak jawatan serta merta

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencabar seorang menteri daripada parti itu untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet dengan serta-merta.

Beliau melabelkan pemimpin tersebut sebagai ‘makhluk perosak’ dan mendakwa menteri berkenaan menikam UMNO dari belakang.

“Jika ada dalam kalangan mereka yang terlalu seronok duduk dalam bilik yang terlalu berhawa dingin dan kerusi empuk, lihat dan harus tahu bahawa mereka yang ada di sana termasuk seorang menteri tapi tak ada di pentas ini tetapi menikam UMNO dari belakang.

“Kalau dia anak jantan dia harus letak jawatan sebagai menteri. Ini makhluk perosak, kalau bukan kerana UMNO tak mungkin dia ada dalam kementerian berkenaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di sini semalami.

Tanpa menamakan menteri terlibat, Ahmad Zahid dipercayai merujuk kepada seorang pemimpin yang tidak berada di atas pentas perhimpunan itu.

Dipercayai ia merujuk kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh dilihat lantang mengkritik parti selepas UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN