Undi18 ditangguh, orang muda kesal - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Undi18 ditangguh, orang muda kesal – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penangguhan pelaksanaan pendaftaran automatik dan Undi 18 tahun (Undi18) mengundang pelbagai reaksi terutaman pada golongan muda.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau kecewa atas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang perlaksanaan Undi18 yang ditangguh sehingga 1 September 2022.

Katanya, alasan untuk menangguhkan atas perkembangan dan situasi negara masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menjejaskan persiapan SPR untuk Undi18 itu tidak boleh diterima pakai.

“Selain itu, PKP tidak boleh menjadi alasan SPR dalam melaksanakan Undi18, malah SPR seharusnya berterus-terang dan memaklumkan kepada rakyat apakah yang masih menghalang Undi18 untuk dilaksanakan.

“Hormati keputusan Dewan Rakyat, hormati hak orang muda untuk mengundi dan memilih masa hadapan negara serta kerajaan juga perlu suarakan komitmen untuk melaksanakan Undi18 selewat-lewaatnya pada Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan bahawa Undi18 dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 setelah menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR.

Bagaimanapun, beliau berkata, SPR komited dengan pelaksanaan pendaftaran pemilihan automatik dan Undi18 seperti yang diluluskan di Parlimen untuk direalisasikan pada PRU-15 pada tahun 2023 berpandukan kepada Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Armada kekal berpendirian pelaksanaan penurunan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun tetap perlu dilaksana seperti yang dirancang.

“Kemudian satu pelan menyeluruh berkenaan rancangan pelaksanaan Undi18 perlu segera dibentang kepada khalayak untuk memastikan berlakunya proses semak dan imbang,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar juga berpandangan Undi18 sewajarnya dilaksanakan memandangkan semua undang-undang dan peruntukan perlembagaan telah dipinda untuk melaksanakannya.

Malah, katanya, sokongan terhadap Undi18 dan pendaftaran automatik telah dibincangkan di Parlimen dan mendapat sokongan kerajaan dan pembangkang ketika pengundian dibuat.

“Ia sekali gus menunjukkan pelaksanaannya menjadi satu kewajipan utama bagi SPR dan memastikan ia berlangsung dengan segera serta berkesan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya