Tiga premis jalankan aktiviti perlombongan Bitcoin diserbu - Utusan Malaysia

Tiga premis jalankan aktiviti perlombongan Bitcoin diserbu

AIBEE Abd Ghani (kanan) melihat mesin yang digunakan untuk kegiatan melombong Bitcoin di dalam sebuah premis perniagaan dalam operasi bersama TNB di Pusat Perniagaan Kepayang, Bukit Kepayang, Seremban, semalam.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong mata wang digital, Bitcoin di tiga buah premis kedai Pusat Perniagaan Kepayang, Bukit Kepayang dekat sini berjaya dibongkar menerusi satu operasi oleh sepasukan anggota polis bersama kakitangan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, kegiatan yang menyebabkan kerugian kira-kira RM90,000 dalam tempoh sebulan kepada pihak TNB itu berjaya dihidu selepas risikan dalam tempoh dua minggu.

“Ketiga-tiga premis tidak jauh di antara satu sama lain dan melihat kepada keadaan di dalam premis, ia telah dijadikan sebagai tempat melombong Bitcoin kira-kira dua tahun, mereka mencuri elektrik tanpa sambungan meter TNB.

“Biasanya pelaku akan mencari premis perniagaan satu dan dua tingkat sebegini dan menyewa di tingkat paling atas kerana proses itu akan mengeluarkan bunyi bising selain bagi mengelak ia disedari orang lain,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, ketika operasi serbuan berkenaan, tiada sesiapa berada di dalam premis dan pihak TNB terpaksa memecahkan kunci kesemua pintu premis berkenaan.

“Tindakan selanjutnya, kami akan buka kertas siasatan dan akan mengenal pasti siapa dalang di sebalik aktiviti ini, pemilik premis juga akan dipanggil bagi membantu siasatan. Kami percaya ketiga-tiga premis ini disewa oleh pihak yang sama.

“Pihak polis juga merampas kesemua 206 mesin dari tiga premis berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.