Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-88 berlangsung dalam kebiasaan baharu - Utusan Malaysia

Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-88 berlangsung dalam kebiasaan baharu

ZAMROSE Mohd. Zain (tengah) bergambar bersama pegawai dan anggota Tentera Darat yang terlibat dalam acara Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-88 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson hari ini. -UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Acara perbarisan Hari Tentera Darat Ke-88 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) dekat sini berlangsung buat pertama kalinya dalam suasana kebiasaan baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jika kebiasaannya, acara perbarisan tersebut melibatkan kira-kira 1,800 anggota dan pegawai namun tahun ini ia hanya membabitkan 120 orang pegawai dan 856 anggota lain-lain pangkat.

Bagaimanapun menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain, acara perbarisan kali ini dapat disaksikan oleh seluruh anggota Tentera Darat di negara ini termasuk yang sedang bertugas di luar negara.

“Sejak Covid-19 menular, banyak yang kita belajar termasuk acara-acara sebegini untuk dilaksanakan, pertamanya ia memerlukan maya (dalam talian) termasuk juga pada hari ini, ia dilihat seluruh warga Tentera Darat yang berkekuatan 85,000 orang di seluruh negara termasuk 16,000 anggota yang sedang dalam operasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan acara Perbarisan dan Pembacaan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-88 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Sementara itu, ketika membacakan perutusannya, Zamrose berkata, acara Perbarisan Hari Tentera Darat tetap diadakan kerana sambutannya adalah salah satu cara untuk mengenang kembali penubuhan Tentera Darat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya