Pensyarah, kakitangan universiti terima vaksin fasa ke-2 bulan depan - Utusan Malaysia

Pensyarah, kakitangan universiti terima vaksin fasa ke-2 bulan depan

MANSOR Othman menurunkan tandatangan semasa merasmikan bangunan tambahan perpustakaan untuk Politeknik Seberang Perai (PSP) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pengajian Tinggi akan mempertimbangkan cadangan menyenaraikan pensyarah serta kakitangan universiti sebagai antara kumpulan penerima vaksin fasa kedua selepas ini.

Cadangan itu rentetan pandangan beberapa pihak yang mahukan guru serta kakitangan sekolah dikategorikan sebagai antara penerima vaksin terawal selepas barisan hadapan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman berkata, sudah tiba masanya golongan pensyarah juga ‘diangkat’ ke dalam senarai berkenaan kerana turut memainkan peranan sama penting dengan barisan hadapan ketika ini.

“Saya setuju dengan cadangan itu kerana sekarang ini pun kita sudah ada hospital penaja iaitu hospital-hospital universiti untuk tujuan tersebut (pemberian vaksin),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Malaysia Prihatin serta majlis perasmian bangunan tambahan untuk perpustakaan di Politeknik Seberang Perai (PSP) di hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan pemberian vaksin fasa kedua akan berlangsung mulai April ini hingga Ogos depan.

Ia dijangka membabitkan kumpulan sasaran seperti mereka berisiko tinggi termasuk warga emas serta individu yang berpenyakit kronik dengan jumlah penerima keseluruhan dijangka mencecah 9.4 juta orang.

Dalam pada itu Mansor memberitahu, hampir 60 peratus pendidik atau kakitangan di institusi perubatan termasuk hospital-hospital universiti di seluruh negara sudah menerima vaksin Covid-19 ketika ini.

Katanya, ini termasuk Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang dikunjunginya baru-baru ini kerana mereka sama seperti kakitangan perubatan lain yang terlibat dalam memberikan rawatan kepada pesakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN