Penerima hati pertama meninggal dunia - Utusan Malaysia

Penerima hati pertama meninggal dunia

MOHD. AFIQ IKMAL MUHAMMAD ZAINI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesakit yang pernah menjalani pembedahan pemindahan hati 23 tahun lalu, Mohd. Afiq Ikmal Muhammad Zaini, meninggal dunia akibat komplikasi hati pada pukul 5 pagi tadi.

Perkara itu disahkan penderma hati Allahyarham, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail setelah mendapat makluman daripada waris Mohd. Afiq.

“Allahyarham dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang dan akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Allahyarham berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi berkenaan.

Sekitar 23 tahun lepas, negara merekodkan sejarah pertama apabila Wan Mohd. Hafizam yang tidak mempunyai pertalian persaudaraan sudi mendermakan sebahagian hatinya kepada Allahyarham yang pada ketika itu berusia 14 bulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya