Pembinaan SUKE ditutup serta merta - Utusan Malaysia

Pembinaan SUKE ditutup serta merta

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras di sini diarah menghentikan kerja pembinaan, serta merta.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini berikutan susulan kejadian komponen kren yang jatuh di tempat kejadian, pagi tadi.

Katanya, pihaknya difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan.

“Setakat ini, kita telah mengarahkan agar segala kerja pembinaan oleh pihak pemaju dihentikan serta merta berikutan kejadian ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Hari ini, struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Fadillah berkata, kerja-kerja penyelamatan diketuai oleh pihak bomba dan disertai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Lembaga Lebuh Raya Malaysia.

“Operasi menyelamat dijangka akan mengambil masa sehingga tengah malam ini dalam tempoh tersebut, laluan di bawah tapak projek ini juga turut ditutup kepada lalu lintas,”katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya