Kilang besi buruk di Jalan Chan Sow Lin musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kilang besi buruk di Jalan Chan Sow Lin musnah terbakar

Kebakaran melibatkan sebuah kilang besi buruk di Jalan Lima Off Jalan Chan Sow LIn pagi tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kilang besi buruk berhampiran kilang cetak China Press, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin dekat sini musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 2.36 pagi mengenai kejadiam itu.

Katanya, sebanyak beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak serta bantuan dari BBP Hang Tuah , BBP Pudu, BBP Cheras, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas dengan kekuatan seramai 57 anggota pangkat komander operasi, PgB Ishafari Ismail.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang besi buruk berkeluasan 50×50 meter.

“Kebakaran dianggarkan 100 peratus dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya