Kerusi Parlimen kelapan DAP Perak di Tambun? - Utusan Malaysia

Kerusi Parlimen kelapan DAP Perak di Tambun?

NGA Kor Ming berucap pada Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, Ahad lalu. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP Perak menyasarkan pertambahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, DAP menyasarkan bertanding di lapan kerusi Parlimen dalam PRU-15 setelah memang di semua tujuh kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum yang lalu.

Katanya, parti itu juga berhasrat bertanding di 20 kerusi DUN selepas menang di semua 18 kerusi DUN dalam PRU-14.

Beliau berkata, DAP akan berbincang dengan rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“DAP mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang memenangi kerusi yang kami tandingi pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

“Demi membantu Pakatan Harapan (PH) mengambil balik kerajaan yang dicuri oleh kerajaan PN, saya mencadangkan serta bincangkan dengan rakan-rakan kita supaya DAP diberikan ruang dan peluang untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN untuk mengukuhkan PH. Kita mempunyai rekod pencapaian yang membanggakan.

“Demi menghormati rakan-rakan komponen saya juga merayu dan memohon supaya Majlis Presiden PH merestui hasrat supaya kita dapat membantu PH mendapatkan semula kerajaan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini semalam.

Konvensyen dirasmikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pada PRU-14, DAP menang di semua kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Ipoh Timor, Ipoh Barat, Kampar, Batu Gajah, Teluk Intan, Beruas dan Taiping.

Difahamkan, kerusi Parlimen kelapan yang ditandingi oleh DAP pada PRU-15 kemungkinan Parlimen Tambun yang kini disandang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari dikatakan akan bertanding di Parlimen Tambun. – UTUSAN OLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya