Kanak-kanak perempuan lemas mandi di Sungai Mas, Sungai Lembing - Utusan Malaysia

Kanak-kanak perempuan lemas mandi di Sungai Mas, Sungai Lembing

KANAK-kanak yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Mas di Kuantan dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Lembing sebelum disahkan meninggal dunia. -IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hasrat kanak-kanak berusia 12 tahun berkelah dan mandi-manda sempena hujung minggu bersama keluarga tidak kesampaian apabila lemas dipercayai hanyut dibawa arus ketika mandi di Jambatan Sungai Mas, dekat Sungai Lembing di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi hari ini, melibatkan dua lagi adik-beradiknya yang lemas namun sempat diselamatkan daripada terus hanyut.

Mangsa, Nur Syakirah Shahriza dikatakan datang bersama keluarga dan enam lagi adik-beradik termasuk saudara kembarnya, dari Taman Inderapura.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mereka sekeluarga tiba di lokasi kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum mangsa bersama dua adiknya turun mandi berhampiran tapak perkelahan 45 minit kemudian.

“Bapa mangsa yang berada di lokasi kejadian sempat menyelamatkan dua orang anaknya manakala mangsa tidak sempat diselamatkan dan telah dihanyutkan arus.

“Orang awam dan penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian bertindak membantu menyelamatkan mangsa dan lebih kurang 10 minit kemudian mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung dan diserah kepada bapa mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pda itu, kata Mohammed Noor, mangsa telah diserahkan kepada bapanya sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Lembing.

“Bapa mangsa telah membawa mendapatkan rawatan dengan segera namun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya