Diskaun 50 peratus saman trafik di Kelantan - Utusan Malaysia

Diskaun 50 peratus saman trafik di Kelantan

SHAFIEN Mamat (tengah) melancarkan kaunter pengurangan saman pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021 Peringkat Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini. -UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Orang ramai yang mempunyai saman trafik bagi kesalahan lalu lintas tertentu di negeri ini berpeluang menikmati diskaun sebanyak 50 peratus bagi tempoh dua minggu bermula hari ini hingga 8 April depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam tempoh itu, urusan pembayaran saman boleh dilakukan pada hari bekerja iaitu Ahad hingga Khamis di kaunter bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, kaunter bayaran saman dibuka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, IPD Tumpat, IPD Pasir Mas, IPD Bachok, IPD Machang, IPD Pasir Puteh, IPD Tanah Merah, IPD Kuala Krai, IPD Jeli dan IPD Gua Musang.

“Diskaun sebanyak 50 peratus bagaimanapun tidak sah kepada pesalah trafik berstatus kes bicara di mahkamah, kesalahan potong barisan serta saman kemalangan pada tahun ini dan tahun lalu.

“Diskaun ini juga tidak boleh digunakan kepada individu yang berstatus waran tangkap, saman melibatkan lori dan saman berkaitan ubah suai ekzos yang dikeluarkan mulai 1 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 Tahun 2021, Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Shafien dalam pada itu berkata, orang ramai yang ingin berurusan di kaunter pembayaran saman diingatkan supaya terus mengamalkan prosedur operasi srandard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya